|
The News
|
|
Petikan Warta MITASA Januari 1993 ITM telah wujud selama 37 tahun. Semua pihak mengakui akan kematangan dan kemampuannya untuk berdiri tegak sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang dihormati dan disegani. Oleh yang demikian, sebagai membuktikan keyakinan pihak-pihak yang mengiktirafkan kematangan institusi ini, dan untuk membuktikan kematangan kita itu, adalah wajar dan tepat institusi ini diterajui dan dipimpin oleh "orang-orang ITM" sendiri. Iaitu orang-orang yang pernah jatuh bangun bersama-samanya; orang-orang yang benar-benar memahami serta menjiwai cita-cita dan aspirasi penubuhan serta pembangunannya; orang-orang yang menyedari peranan sebenar dan potensi yang ada padanya. |
|
|